Analisis Komponen Standard Guru Malaysia ke Arah Melahirkan Guru Malaysia yang Bertaraf Dunia.
Disediakan Oleh: Anis Syamimi Binti Azman (D20202097082) Standard Guru Malaysia merupakan pernyataan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru (Standard) dan pernyatan aspek yang patut disediakan serta dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan (Keperluan). Standard Guru Malaysia digubal berdasarkan rujukan dan penandaarasan standard pendidikan di Malaysia dan standard pendidikan di beberapa negara maju. Terdapat dua komponen utama yang saling berkait rapat dalam Standard Guru Malaysia iaitu Standard (S) dan Keperluan (K) Asas penentuan Standard Dan Keperluan adalah berdasarkan aspek misi nasional iaitu dengan menggariskan lima teras utama. Pertama, meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi. Kedua, meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama. Ketiga, menangani masalah ketidakseimbangan sosio- ekonomi yang berterusan secara membina dan produktif. Keempat ialah meningkatkan...